Kemana menghilang perikemanusiaan mereka agaknya?.. Biarpun anak kecil ini meraung berterusan, Ibunya terus memukul, bapa tirinya dikatakan menyiramnya dengan air panas, jirannya hanya menadah telinga mendengar jeritan anak kecil ini..
Sadis!! "Mak, adik tak buat dah.. sakit" raung budak yang dipukul hingga mati oleh ibunya..
Apa dah jadi dengan bangsaku yang terkenal dengan sifat lemah lembut?.. Apa dah jadi dengan penganut Ugama Islam ini yang mahu pengikutnya banyakkan bersabar?...
Tidak adakah sekelumit rasa belas untuk anak kecil yang hanya mampu meronta dan meraung kesakitan menahan pukulan dari ibu yang melahirkannya hingga beliau menemui ajalnya.....
Jadi.. manusia jenis apakah mereka ini? jika dikatakan sedangkan binatang pun tahu sayangkan anaknya.. layakkah mereka digelar manusia??...
"Mak, adik tak buat dah, sakit"....
Itu raungan terakhir Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu....
Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan yang lalu.....
Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.....
"Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.....
"Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu." jelas Maria.....
Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah air panas.
Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor, mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu....
Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan....
Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.....
Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.....
"Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka" katanya.....
Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan....
Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya....
Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Teratai Ampang selepas waktu Zuhur....
.
Sementara itu, bapa kandung mangsa, Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya....
Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah....
Rashidy berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya pada jam 2.30 petang kelmarin. ....
"Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil," katanya....
Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan....
>>>Al-Fatihah buat Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy.....
SUmber : http://www.lamankongsi.com/
0 comments:
Post a Comment