Friday 5 June 2015

Tips Penjagaan Kereta

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar



Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.


Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.

Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.

Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.

'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah




Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.


Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.


Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.


Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.


Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.


Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html



Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat



Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Sistem Brek


Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta Baru

Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara Penjagaan Sistem Brek

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Trend Riak Zaman Moden Yang Di Tunjuk-Tunjuk Di Laman Sosial

Jom Kita Lihat Riak Zaman Moden

Pertama : 


Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan 'check in' status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu


Kedua :


Snap gambar anak dalam rumah dengan caption 'Alahai anak mama ni bla bla bla..'.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm


Ketiga : 


Syukur tak henti-henti.. 'Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla'.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!


Keempat :


Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. 'Ala jam la jalan'.. 'Good morning semua'.. 'Letih la hari ni'.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..


Kelima :

Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status 'shopping untuk hilangkan stress' atau 'ahh hari-hari shopping habislah duit I'.. atau 'Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?'... sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!


Keenam :


Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. 'Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang'.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak..


Akhir sekali :


Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption 'mukaku tanpa mekap'... 'mata panda letih tak cukup tidur'..bla bla bla... dengan harapan adalah orang lain komen.. 'eh u still nampak comel lah'..'nampak muda dari umur sebenar'.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

"Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia."

Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..


Sumber : http://mynewsvibes.blogspot.com/

DAHSYATNYA SURAH AL-KAUTSAR



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi,yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T mengkabulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya Allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang
sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu...
5. Jika membacanya 1.000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

SubbahanAllah...


Jangan Sapu Ubat Gigi, Kicap Atau Minyak Gamat Pada Bahagian Melecur - Pakar Bedah Plastik


Kepercayaan umum bahawa ubat gigi, kicap atau minyak gamat boleh mengelak kelecuran adalah tidak benar, kata pakar bedah plastik dan rekonstruktif Hospital Umum Sarawak (HUS) John Ranjit Nesaraj.

Bercakap dalam forum umum sempena program Kesedaran Kelecuran di sini, hari ini, beliau berkata tindakan menyapu bahan berkenaan pada kulit yang melecur hanya akan menyebabkan kesan melecur menjadi bertambah serius.

Beliau berkata tindakan meletakkan ketulan ais pada kulit melecur juga boleh memudaratkan.

Sebaliknya, menurut John mangsa perlu menyejukkan bahagian yang melecur dengan mengalirkan air yang bersih selama 20 hingga 30 minit di bahagian yang melecur.

“Jika langkah ini tidak dilakukan ia akan menyebabkan bahagian yang melecur merebak lebih dalam dan lebar,” jelasnya.

Katanya, jika kawasan yang melecur telah sejuk, sapukan losyen yang mengandungi aloe vera, antibiotik atau pelembap kerana ia akan menjadikan kulit lebih selesa dan lembap.

John yang juga pengelola program berkenaan berkata ia diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang rawatan awal menangani sebarang kes kelecuran sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan memberi pendidikan kepada orang awam tentang situasi berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan kelecuran serta cara-cara pencegahan.

Turut serta dalam forum berkenaan ialah Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil yang turut menyempurnakan majlis penutupan program dua hari itu. –
BERNAMA

sumber: http://mynewsbistro.blogspot.com/

Thursday 4 June 2015

6 Syarat Aurat Solat Tanpa Telekung... Wanita Wajib Tahu ni!!


SYARAT 1 : Mestilah menutup dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.

Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : Sebaik-baiknya guna sarung tangan panjang.
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai baju lengan pendek dengan sarung tangan panjang.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?

Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain tak jarang dan nampak dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai stokin yang tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Wallahu'alam..


Sumber : http://sarfaeiz.blogspot.com/

PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS..


Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,
Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu..!!

Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu,tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itusemua karena ia peduli padamu..!!
Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikut-ikutan tidak peduli, ini adalah tantangan bagi kalian, saatnya membuang
gengsi..!!

Bila isteri tidak mau mendengarkan dan berbalik badan berjalan meninggalkanmu,kejarlah dia,
Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau tega meninggalkannyasendirian..??
Bila isterimu berkata "kamu pergi saja" aku tidak mau memperdulikanmu'' jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu adalah saat dimana dia paling membutuhkanmu..!!
Bila isterimu marah, suasana hatinya sedang tidak enak dan tidak mau makan, jangan bertanya mau makan apa, dia pasti berkata
tidak mau semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahwa kamu juga tidak mau makan..!!
Hargai isterimu, tidak perlu berpikir terlalu rumit, apa yang wanita mau selalu sederhana selamanya..!!

Terkadang, berkompromi bukanlah berarti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami..!!
Memaafkan bukan berarti lemah, melainkan sebuah kepedulian dan menghargai..

SubhanAllah..


Sumber : https://plus.google.com

Tuesday 2 June 2015

Anda Perlu Tahu Kenapa Antibiotik Perlu Dihabiskan..Baca nii!!


Jika Anda sudah merasa sehat dari penyakit yang diderita itu lantas tak membuat Anda harus berhenti mengonsumsi obat antibiotic yang disarankan oleh dokter Anda. Mengapa? Ini dia alasan antibiotik harus dihabiskan.


1. Bila Anda berhenti minum antibiotik bahkan sebelum waktu yang ditentukan, bakteri memiliki potensi untuk tumbuh lagi dengan kecepatan yang meningkat. Bakteri lebih mungkin untuk kembali memperparah gejala sebelumnya.

2. Bila Anda mengonsumsi antibiotik, akan ada pertarungan antara pengaruh obat dan sistem kekebalan tubuh Anda. Karena itu, semakin lama bakteri bertahan, mereka akan lebih cenderung menjadi resisten terhadap obat.

3. Dalam upaya mengenyahkan infeksi, kita harus memastikan semua bakteri penyebab infeksi telah mati. Jika Anda tidak meminum antibiotik sesuai dengan dosis, bakteri bisa berpindah di tempat lain yang justru bisa lebih mematikan.

4. Cara yang paling efisien menyebabkan bakteri menjadi resisten yakni dengan menghambat pertumbuhannya. Hal ini dapat dilakukan dengan membunuh bakteri dengan cepat. Ketika bakteri berkembang biak, mereka secara acak mengubah DNA mereka, sehingga membuat mereka resisten terhadap antibiotik. Jadi, ketika mereka berkembang biak, seseorang yang memiliki sejumlah bakteri mungkin tidak lagi merespons terhadap antibiotik.

5. Beberapa bakteri juga bisa melakukan hal-hal yang tidak seharusnya dilakukan. Misalnya, radang tenggorokan sederhana tiba-tiba dapat menyebabkan demam dan rematik. Hal ini karena bakteri A Streptococcus, yang menyebabkan radang tenggorokan, tidak diobati dengan sempurna, sehingga meningkatkan kemungkinan kembalinya demam. (Manfaat)

sumber:https://ahlivital.wordpress.com

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.

 Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.


Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Allahumma Ballighna Ramadhan –  merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Mari kita rebut peluang ini!

Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)

Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.

Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.

Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

sumber:http://akuislam.com/

Monday 1 June 2015

'I Tak Tinggalkan Anak I Seorang'

Petang semalam, warga maya digemparkan dengan kes seorang bayi terperangkap di dalam kereta Myvi yang nyaris membuatkan mangsa tercekik.



Susulan dari itu tampil seorang individu yang mendakwa dirinya ibu kepada bayi berkenaan menafikan dakwaan Tuan Nor Azlim yang menuduhnya sengaja meninggalkan mangsa di dalam kereta.

"I mak baby tadi dan I tak tinggalkan anak I seorang. Malah kawan I dalam kereta. Sistem kereta yang menyebabkan pintu terkunci sendiri apabila kawan I keluar dari seat belakang untuk ke seat driver sebab nak alihkan kereta yang mana menghalang laluan sebuah lori.

"Baby di bawah pengawasan orang dewasa dan bukan di atas kecuaian I atau sebagainya.

"Sama ada you delete video tersebut atau I akan saman fitnah dan malu ke atas you. I ada bukti you viralkan video tersebut. I nampak you datang hanya untuk merakam video, bukan untuk membantu seperti orang lain.

"Sekarang I nak you minta maaf secara terbuka di Facebook you atas sebab you mengaibkan I sebagai mak baby. Kalau tak turunkan fitnah atau maaf secara terbuka, surat lawyer akan sampai pada you," katanya.

Difahamkan, ekoran amaran dari ibu mangsa menyebabkan penyebar video insiden berkenaan, Tuan Nor Azlim, menarik balik kenyataan awalnya dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook.

Bagaimanapun, kesahihan kenyataan individu terbabit tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sebaliknya berikutan terdapat keraguan dalam kenyataannya itu.

Difahamkan, kereta Perodua Myvi sememangnya mempunyai sistem auto lock seandainya pemiliknya terlupa menguncikan keretanya yang mana kiraan sistem auto lock itu di bawah 60 saat.

Kenyataan individu tersebut yang mendakwa rakannya keluar dari pintu belakang untuk ke tempat duduk pemandu untuk mengalihkan kereta itu juga tidak masuk akal. Seolah-olah menyatakan bahawa kunci masih ada di dalam kereta itu.

Jika kunci tidak dicabut, mustahil sistem auto lock boleh diaktifkan sendiri melainkan kejadian itu sudah ditakdirkan untuk terjadi.

Walau apa pun andaian kita, apa yang penting bayi itu telah selamat dan jadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk semua.

sumber:http://www.beritapremium.com/

Kenapa Anak Suka Block View Kita Depan TV? Baca niii...



Mari Lihat Apa kata Ilmu Psikologi?

Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv?

“Ha, masuklah dalam tv tu!”

Ibu bapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka. Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.

Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘egocentrism’ menurut Piaget Cognitive Model. Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.

Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

Pada pandangan kanak-kanak,

‘Kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’
(Sebab itu saya duduk depan tv, saya mana tahu saya block view mak dan ayah!)

Egocentrism tidak sama dengan ‘selfish’, ia hanya fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.

Point saya, kita tidak boleh sembarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.

Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam sama rata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap mereka tidak sama.

SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.

Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’. Lain kali saya share lagi.

Kredit - Dr Rozanizam Zakaria

MASYAALLAH!! PANCAKE DARAH HAID???


Sempena menyokong program 'Free Bleed' seorang gadis berhijab mengambil keputusan untuk membuat pancake dengan menggunakan darah haid.

Perlbagai reaksi yang diberikan netizen mengenai isu ini dan rata-rata geli dan bersetuju tindakan tersebut adalah tidak wajar.

Berikut merupakan bukti pancake darah haid gadis ini di laman instagram "Free Bleed":



Dan berikut antara reaksi pengguna laman sosial berhubung isu ini.


Siapa sebenarnya gadis yang buat pancake dengan darah haid ini? Beliau merupakan admin kepada akaun instagram "Free Bleed" dan bernama Nur Azzalea Mardhiya dan merupakan seorang beragama islam berusia 19 tahun.

Untuk info, kempen "Free Bleed" ini memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon dan wanita seharusnya bangga dengan haid mereka. Tampon juga seperti tuala wanita yang digunakan semasa haid dan tersedia dengan pelbagai saiz.

Tampon dan tuala wanita diperbuat dari bahan yang sama dengan tuala wanita. Bezanya, tampon berbentuk seperti tabung uji dan tersedia dengan pelbagai saiz dan dimasukkan ke dalam alat sulit wanita. Penggunaan tampon tidak begitu baik kerana dikhuatiri akan merosakkan selaput dara wanita.

SUMBER:http://mynewsvibes.blogspot.com/

PETUA ELAK BEKAS PLASTIK BERBAU



Bekas plastik dan sebagainya yang digunakan untuk menyimpan makanan jika sudah lama digunakan selalunya akan berbau biarpun dibasuh berulang kali. cuba petua ini untuk menghilangkan bau tersebut.

Rendamkan sehelai dua kertas suratkhabar didalam bekas trsebut. Biarkan selama tiga jam. Setelah itu barulah dibilas bersih. Kertas suratkhabar akan menyerap bau kurang enak dari bekas tersebut. Hasilnya, bekas tidak lagi berbau.

Selamat mencuba.

sumber:http://www.petuatradisional.com/

3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki



Rezeki, Allah yang pegang.

Minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.

Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..


1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Memberikan sesuatu yang berguna

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.

Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewa ruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)


Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.

sumber: http://akuislam.com/

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban




1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:

pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin

sumber:http://akuislam.com/

HUKUM JUAL BELI HARI JUMAAT


Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama :
Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua :
 Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya.

Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

sumber:http://www.islamituindah.my/

Ibu Bapa Kanak-kanak Yang Dibunuh Dan Disimen Ditahan, Jiran Dakwa Mangsa Didera


KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan penemuan satu mayat yang bersimen dan mereput di sebuah rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong semalam.

Suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada jam 6.30 petang, semalam. Manakala suspek wanita yang juga ibu kepada mangsa ditahan di Penampang pada jam 1 pagi hari ini.

"Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini," demikian menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad.

Mayat tersebut adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun dan dipercayai didera dan dibunuh oleh bapanya. Berdasarkan keterangan beberapa orang saksi yang juga jiran kepada penyewa berkenaan, mereka sering mendengar lelaki berkenaan memukul anak-anaknya sebelum bertindak menghilangkan diri bersama keluarga sebulan yang lalu.

Ten Heen, 64 mendakwa lelaki itu kelihatan bengis, sering mengelak dari bertegur sapa dengan jiran-jiran, malah sering mendengar anak-anak jirannya itu sering menangis kesakitan kerana dipukul.

"Saya sering melihat tiga dari empat anaknya balik dari sekolah, namun kesemua anaknya termasuk ibu bapa mereka tidak pernah bertegur sapa dengan jiran-jiran termasuk saya," katanya.
 
"Walaupun hampir lapan bulan mereka menyewa di sini, saya langsung tidak mengenali keluarga itu," katanya. 
 
Lebih lanjut, Ten mendakwa ada mendengar bunyi seperti orang mengegrudi di bahagian dapur, namun tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa.

"Menurut abang ipar saya yang merupakan pemilik rumah itu, penyewa itu hendak membaiki tandasnya yang rosak.
 
"Setelah penyewa itu melarikan diri, abang ipar saya membuat pemeriksaan di rumah itu dan mendapati ada tubuh yang dibalut dengan plastik di dalam lubang yang telah disimen," katanya.
 
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad mengesahkan mayat yang ditemui itu dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berumur antara lapan dan 10 tahun dan dipercayai mati sejak lapan minggu lepas.
 
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk.

sumber: http://www.siakapkeli.my/

"Sampah" yang berharga RM731,620!!!

Komputer Apple One (gambar) pernah dijual pada harga RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013


MILPITAS, Calif. -- Sebuah pusat kitar semula di Silicon Valley kini sedang mencari seorang wanita yang membuang sebuah komputer Apple vintaj bernilai RM 731,620 yang difikirkan "sampah" olehnya.

Victor Gichun dari Clean Bay Area berkata wanita itu menghantar sebuah kotak buruk yang dijumpai olehnya dari garaj mendiang suaminya.

Tetapi, wanita itu tidak mahu mengambil sebarang resit atau meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi.

Menurut Victor lagi, dia hanya mengetahui kotak itu sebenarnya mempunyai sebuah komputer Apple I (one) seminggu selepas wanita itu menghantarnya.

Menurut laporan dari portal berita The San Jose Mercury News, komputer itu antara satu dari 200 komputer Apple pertama yang dicipta pada tahun 1976.

Victor bagaimanapun telah menjual komputer itu dan mahu membahagikan duit hasil dari jualan tesebut dengan wanita tersebut.

Sebelum ini, model komputer Apple yang sama pernah dijual pada harga tertinggi RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013.

Komputer ini dijual pada harga US$666 (RM2,435) pada tahun ia mula dikeluarkan. -

SUMBER:http://www.siakapkeli.my/

Cucu Menangis 30 Minit Disamping Nenek



Kota Bharu: Baru-baru ini, gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menangis di sebelah seorang penunggang motosikal menjadi viral di media sosial.

Memetik satu laporan dari BH Online, kanak-kanak lelaki yang berusia baru setahun itu menangis hampir 30 minit di sisi neneknya yang pengsan setelah motor yang ditunggang oleh mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan di Jamabtan Sultan Yahya Petra disini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Ikram Safuan cedera di kepala manakala neneknya, Faridah Hamid, 35, cedera ringan di kepala. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zianab II untuk rawatan.

Menurut berita dari laporan terbabit, Faridah dalam perjalanan dari rumahnya ke Kampung Kedai Buloh untuk menghantar cucunya. Tetapi motosikal mereka dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dan Faridah pengsan.

Ibu kanak-kanak berkenaan,Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata dia mengetahui tentang perkara tersebut setelah dihubungi oleh abang iparnya pada jam 5 petang.

"Saya yang terkejut terus bergegas ke hospital. Alhamdulillah, ibu serta anak saya hanya cedera ringan, namun mereka masih dalam keadaan terkejut. 

"Mohd Ikram cedera pada kepala dan bahu kiri, manakala ibu saya cedera ringan dan sudah sedarkan diri. Namun ibu masih terkejut dan tidak mampu menceritakan apa yang berlaku," katanya Nurul Shakila.

                      Nurul Shakila bersama anaknya. - Foto : BH Online/Nik Abdullah Nik Omar

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Marzuki Mat, memaklumkan sehingga jam 7.30 malam tadi, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian

sumber: BH ONLINE

Barbie hidup????


Valeria Lukyanova boleh ke tepi kerana sudah ada ‘Barbie manusia’ baru mengambil alih tempatnya.
Lebih menarik lagi, Barbie manusia baru ini memang dibesarkan seperti anak patung hidup sejak dilahirkan.

Angelica Kenova, 26, yang menetap di Moscow, Russia, dilayan seperti puteri sejak kecil lagi tetapi hingga ke saat ini, semua keputusan mengenai dirinya, baik dalam memilih pakaian atau makanan, ditentukan ibu bapanya.
“Saya tidak dibenar keluar seorang diri atau melakukan sesuatu seperti yang dilakukan wanita dewasa lain sesuka hati.
“Hasilnya saya tidak hidup di dunia sebenar. Hidup saya seperti patung,” katanya.
Ibunya, Natalia dan bapanya, Evegniy mengawal ketat semua kegiatan seharian anak mereka.

Mereka juga yang menentukan diet dan program senaman untuk Angelica supaya dia mengekalkan bentuk badan seperti anak patung.

Walaupun sangat mengawal, ibu bapa Angelica tidak kisah dia bergambar separuh bogel.
Angelica memberitahu, dia mempunyai bentuk badan dan wajah seperti patung Barbie tanpa melakukan pembedahan plastik.

Gadis itu mempunyai lilitan pinggang 51 sentimeter dan berat hanya 38 kilogram.
“Saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik.
“Pembedahan plastik diperlukan sekiranya seseorang itu mempunyai kecacatan serius pada tubuhnya,” ujarnya.

Walaupun sudah dewasa, Angelica masih tinggal bersama keluarganya.
“Ibu bapa saya tidak membenarkan saya berpindah ke rumah sendiri
“Saya juga tidak dibenarkan membeli pakaian tanpa ditemani ibu saya.
“Dia yang memilih pakaian untuk saya kerana dia lebih arif dengan bentuk badan dan imej saya,” jelasnya.

Menurutnya, ibunya juga akan menemaninya setiap kali dia keluar dengan lelaki.
“Saya terpaksa menempah meja untuk tiga orang supaya ibu boleh duduk semeja ketika saya keluar makan malam dengan rakan lelaki.
“Sebab itu saya tidak pernah ada kekasih. Semua rakan lelaki hanya menganggap saya kawan biasa,” katanya.

Natalia dan Evegniy bersungguh-sungguh mahu melihat anak mereka berjaya sebagai model dan sangat berbangga walaupun dia bergambar separuh bogel dalam sesi fotografi.

Bercakap mengenai masa depannya, Angelica berkata, dia mahu menjadi model majalah Playboy dan mengecapi kebebasan seperti wanita lain.
“Saya sudah dewasa dan sepatutnya saya hidup berdikari seperti wanita lain.
“Bagaimanapun, ibu bapa mahu saya tinggal bersama mereka dan saya tidak mahu membuat keluarga saya sedih,” jelasnya.

sumber:http://www.hmetro.com.my/