Thursday 8 October 2015

TERKINI!! Jumpa RANGKA Pula!! Sorotan Kes Murid Orang Asli Hilang Sejak 23 Ogos Lalu..


## Gua Musang: Rangka dipercayai kanak-kanak ditemui di tebing Sungai Perias dekat Pos Tohoi, di sini, petang tadi.


Ia ditemui petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) beberapa meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan, 7 petang semalam.

## Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan itu namun tidak mengulas lanjut.

Rangka berkenaan akan dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dan dijangka tiba 8.30 malam.

## Semalam, mayat kanak-kanak perempuan lingkungan usia 7 hingga 9 tahun ditemui dalam sungai dan tersangkut pada ranting kayu, kira-kira 500 meter dari pusat operasi SAR di Pos Tohoi.

Mayat itu disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8, oleh bapanya Sobrie Latif, 25, ketika proses pengecaman di HGM tengah hari tadi.

## Sasa adalah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:15 PM



Sumber :  http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment