Monday, 5 October 2015

SENSASI!! Bekas Suami Abby Akan Bernikah Dengan Ibu Tunggal Anak Dua..


## BEKAS suami kedua selebriti Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar diberitakan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ibu tunggal anak dua pada 15 Mei ini.

Walaupun perkahwinan pertamanya mengalami kegagalan namun itu tidak mematahkan semangat Farhan untuk diijabkabulkan buat kali kedua.

## Memetik mStar, Farhan mengatakan keluarganya turut memberikan restu untuk perkahwinan keduanya itu kelak walaupun bakal isterinya merupakan seorang janda.

Soal status bukan subjek utama kerana ini adalah soal jodoh yang ditentukan oleh Allah.

## Alhamdulillah keluarga menerima dan merestui perhubungan kami biarpun mengetahui bakal isteri adalah ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak, katanya.

Farhan mengikat tali pertunangan dengan bakal isterinya, Noriah Mat Isa pada 21 Mac lalu.

## Pasangan ini akan dinikahkan di Putrajaya dan majlis resepsi akan diadakan sehari selepas itu di Rumah MAKSWIP, Kuala Lumpur.

Menyifatkan bakal isterinya seorang yang pandai mengambil hati dan pandai memasak yang menyebabkan hatinya terbuka untuk berkahwin sekali lagi.

## Noriah seorang yang pandai mengambil hati saya. Secara fizikal, dia sangat cantik dan sempurna. Lebih penting lagi, dia pandai memasak dan menghormati saya.

Jadi selepas beberapa bulan mendalami isi hati masing-masing, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu melengah-lengahkan niat yang baik itu.

## Paling menggembirakan hati saya apabila hubungan kami mendapat restu daripada orang tua selepas saya memperkenalkan Noriah kepada mereka, katanya.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama.

## Dalam pada itu, Farhan berkata dia kini masih lagi mencuba nasib mahu menjadi pelakon seperti yang diimpikannya sebelum ini.

Namun, dia perlu menurunkan sedikit berat badannya terlebih dahulu bagi mencapai impiannya itu.


Sumber :  http://kakiborak.com/

0 comments:

Post a Comment