Setiap pagi, kita akan mulakan hari dengan bersarapan dan bersarapan adalah salah satu aktiviti penting yang perlu untuk mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan cergas sepanjang hari. Salah satu menu yang paling mudah dan cepat disediakan sewaktu sarapan pagi adalah roti. Terdapat pelbagai jenis dan jenama roti dan jenama yang paling popular dan disukai ramai adalah Gardenia.
Sekiranya anda perasan dan perhatikan dengan teliti, terdapat beberapa warna pada penyepit kod yang digunakan untuk menutup roti Gardenia. Tahukah anda bahawa setiapwarna pada penyepit kod tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seperti yang anda ketahui, terdapat juga tarikh luput yang dicatatkan pada penyepit kod tersebut.
Untuk pengetahuan anda, setiap warna penyepit kod tersebut menunjukkan hari roti tersebut dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang. Untuk pengetahuan anda juga, Gardenia mengeluarkan roti 5 kali dalam seminggu.
Monday – blue
Tuesday – green
Thursday – red
Friday – white
Saturday – yellow
Ini bermakna, sekiranya anda membeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat, ini bermakna anda telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu. Pengetahuan mengetahui warna kod akan membantu anda mendapatkan roti yang lebih berkualiti dan segar. Untuk mudah ingat tentang warna dan hari pada penyepit kod ini, anda boleh melihat susunan hari per warna. Contohnya:
Isnin - Blue (B)
Selasa - Green (G)
Khamis - Red (R)
Jumaat - White (W)
Sabtu - Yellow (Y)
Bermula dengan huruf B mengikut turutan hingga ke huruf Y, mudahkan. Easy to remember kan..?
sumber: http://mrsandrenoidx.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment