Laman berita mStar Online hari ini melaporkan yang ibu kepada pelakon Johan As’ari, Datin Firdaus Abdul Kader telah meninggal dunia pada Sabtu. Pelakon itu memaklumkan berita berkenaan menerusi laman Instagram miliknya kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara sebelum dibawa pulang ke kediaman dan dijangka akan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat Asar.
Johan As’ari sebelum ini berkata yang ibunya disahkan menderita kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas mengalami serangan strok pada Mac lalu.
Sumber : http://www.rotikaya.com/
0 comments:
Post a Comment