Sunday, 31 May 2015

10 masjid tercantik di dunia..:)

Masjid adalah tempat untuk orang Islam beibadat..
Kriteria untuk memilih masjid tercantik ini berdasarkan keluasan, sejarah, fasiliti dan fungsi sesebuah masjid itu..
Mungkin kita dah tahu dan mungkin kita tak tahu!
Mungkin kita tahu tapi kita terlupa..
Saksikan.. 10 Masjid terindah di dunia..
Subhanallah..


10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.


Masjid Negara Bangladesh. Ditemui pada 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh. Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Di sebabkan itu, Bangladesh memutuskan untuk menambah lagi keluasan masjid ini. 


09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.



Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di selatan timur dan selatan Asia dan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini memegang rekod masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum rekod masjid terbesar diambil alih oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaran Masjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabia pada tahun 1990-an. 

08. Masjid Sultan, Singapura.


Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor daerah di Singapura ini masih dianggap salah satu masjid yang paling penting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan lampiran ditambah pada tahun 1993. Ia ditetapkan sebagai monumen kebangsaan Singapura pada 14 Mac 1975.


07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.


Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Banda Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid itu dibakar,dan Belanda membina semula sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid berkubah ini hanya dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Masjid ini diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali berkembang lagi kepada 5 kubah di 1959-1968. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling indah di Indonesia, mempunyai bentuk unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan rasa nyaman sekiranya berada di dalam bilik masjid.

06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.


Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga antara masjid terbesar di Asia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.

05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.

04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.



Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud, anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina dari masjid yang diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat di utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam.

03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.



Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif  (bersama dengan Dome of the Rock), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agama Yahudi, kerana ia dipercayai menjadi Kaabah di Jerusalem pernah didirikan. Masjid ini dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Umat ​​Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa perjalanan malam. Masjid ini dijadikan kiblat umat Islam selama tujuh bulan.

02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.



Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat yang paling penting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana makam Nabi Muhammad terletak. Tidak diketahui bila kubah hijau itu telah dibina tetapi manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah. Pemimpin awal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.

01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.


Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid yang terletak di kota Mekah, di sekitar Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Struktur meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan Islam di dunia.


Indah bukan?
Bertuah la kita sebagai umat islam..

sumber:http://www.mazeermohamad.com/

Nak tahu kenapa lelaki suka wanita tanpa mekap?????




  • Suka Wanita Yang Yakin :-

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.



  • Tidak Suka Wanita Obses :-

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.


  • Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur :-

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.


  • Lelaki Tidak Suka Menunggu :-

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.


  • Cantik Luaran Tidak Penting :-

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki..

sumber:http://www.sportmusang.com/

Nyamuk suka terbang keliling kepala??? kenapa??



Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.

Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

sumber:http://um-fabolous.blogspot.com/

KENAPA BAYI ISLAM PERLU DIAZANKAN ??


Kenapa Rasulullah SAW mengarahkan si bapa mengazankan di telinga kanan si anak (setelah ia dilahirkan) dan mengiqomatkan ia di telinga kirinya?

Perkara sunat yg dituntut oleh Islam kpd bakal-bakal 'AYAH' ialah setelah dia dikurniakan permata hati (anak-anak) maka dia dituntut utk mengumandangkan azan (tak perlulah kuat dan berlagu) di telinga kanannya. manakala diiqomatkan di sebelah kirinya (telinga kiri).

KENAPA?

Soalan: jika telah diazan dan diiqomat, bila mau disembahyangkan?

FIKIRKAN

Jawapan: Setelah diazan dan diiqomat, sudah tentu tiba masanya utk dirikan solat.

BILA ?

SUDAH TENTU SETELAH DIA WAFAT/MENINGGAL DUNIA. KERANA SOLAT JENAZAH AKAN DISOLATKAN TANPA AZAN & IQOMAT.

Soalan ini hanya sbg renungan buat kita. Dan barangkali kita tentu tertanya-tanya kenapa bayi yg dilahirkan perlu dikumandangkan azan dan iqomat. Inilah jawapannya!

ANAK ADAM YG DIBERI NAFAS UTK HIDUP DI DUNIA YG SEMENTARA INI AKAN DIAZANKAN DAN DIIQOMATKAN DAN KEMUDIAN AKAN DISOLATKAN SETELAH IA MENINGGALKAN DUNIA INI.

Wallahu a'lam

sumber: http://pingbusuk.org/

Kereta anda banyak lipas.. Cuba petua ini..


Antara cara-caranya...

1. Gunakan Kapur Semut/Lipas
-Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta .
Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

2. Gunakan Spray, pelbagai jenis yang ada kat pasaran
-Sebaiknya carilah yg jenis mesra alam dan tak berbau busuk...

3. Gunakan Daun Pandan (paling baik dan mesra alam)
-Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je). Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta...

4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yg sedia ada dipasaran...


Pilihlah mana2 tips di atas mengikut kesesuaian anda.


Sumber : http://www.sportmusang.com/

Pernah Terfikir Ke Anda.. Apa Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

         Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.


        Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.


        Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".


         Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.


         Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".


         Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.


Sumber : http://mforum.cari.com.my/

Saturday, 30 May 2015

Perasan tak anda Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut?? Ada kisahnya..


Tahukah korang maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang berputar di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya trademark kedai gunting rambut itu mempunyai sejarah yg tersendiri, mari baca kat bawah nih..

Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di "barber shop" tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan.


Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.




Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.


Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.

Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.


Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.

Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar

1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja

1950 - 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah.


Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu

Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop

Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.

sumber:http://pingbusuk.org/

"13 WAKTU ISTIMEWA UNTUK BERDOA AGAR DIKABULKAN OLEH ALLAH SWT"



1. KETIKA SAHUR DAN SEPERTIGA MALAM TERAKHIR

Allah SWT mencintai hamba-Nya yang mau berdoa pada sepertiga malam yang terakhir. Allah SWT berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya :

"Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan." (Q.S. Adz-Dzariyat 18)

Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada saat itu Rabb kita Allah SWT turun ke langit dunia dan akan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. Rasulullah SAW bersabda :

"Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman : "Orang yang berdoa kepada-Ku akan Aku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni." (H.R. Bukhari, Muslim)

2. KETIKA BERBUKA PUASA

Waktu berbuka puasa pun merupakan waktu yang penuh keberkahan, karena di waktu ini manusia merasakan salah satu kebahagiaan puncak ibadah puasanya, yaitu diperbolehkannya makan dan minum setelah seharian menahannya, sebagaimana dalam Hadits berikut:

"Orang yang berpuasa memiliki 2 kebahagiaan : Kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-Nya kelak." (H.R. Muslim)

Keberkahan lain di waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terdhalimi." (H.R. Tirmidzi, Ibnu Hibban)

Oleh karena itu, jangan lewatkan kesempatan baik ini untuk memohon apa saja yang termasuk kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

3. KETIKA MALAM LAILATUL QADAR

Malam lailatul qadar adalah malam bertepatan dengan diturunkannya Al-Qur'an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Sebagaimana firman Allah SWT :

"Malam Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan." (Q.S. Al-Qadr 3)

Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu'minin Aisyah r.a. :

"Aku bertanya kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Beliau bersabda : "Berdoalah,
Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni (Artinya : 'Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku." (H.R. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Pada hadits ini Ummul Mu’minin 'Aisyah r.a. meminta diajarkan ucapan yang sebaiknya diamalkan ketika malam Lailatul Qadar. Namun ternyata Rasulullah SAW mengajarkan lafadz doa. Ini menunjukkan bahwa pada malam Lailatul Qadar dianjurkan untuk memperbanyak doa, terutama dengan lafadz diatas.

4. KETIKA ADZAN BERKUMANDANG

Selain dianjurkan untuk menjawab adzan dengan lafazh yang sama, saat adzan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda :

"Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang." (H.R. Abu Daud,)

5. DIANTARA ADZAN DAN IQAMAH

Waktu jeda antara adzan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

"Doa diantara adzan dan iqamah tidak tertolak." (H.R. Tirmidzi)

6. KETIKA SEDANG SUJUD DALAM SHOLAT

Rasulullah SAW :
"Seorang hamba yang berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu." (H.R. Muslim)

7. KETIKA SEBELUM SALAM PADA SHOLAT WAJIB

Rasulullah SAW :

"Ada yang bertanya : Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda : "Diakhir malam dan diakhir shalat wajib." (H.R. Tirmidzi)

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma'ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud "akhir sholat wajib" adalah sebelum salam.

8. KETIKA HARI JUM'AT

Rasulullah SAW bersabda :

"Rasulullah SAW menyebutkan tentang hari Jum'at kemudian beliau bersabda : "Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut." (H.R. Bukhari, Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Baari ketika menjelaskan hadits ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud. Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang paling kuat.

PENDAPAT PERTAMA : yaitu waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai shalat Jum'at berdasarkan hadits :

"Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai shalat Jum'at selesai." (H.R. Muslim).

» Pendapat ini diikuti oleh Imam Muslim, An-Nawawi, Al-Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al-Baihaqi.

PENDAPAT KEDUA : yaitu setelah ashar sampai terbenamnya matahari. Berdasarkan hadits :

"Dalam 12 jam hari Jum'at ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah SWT pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu di waktu setelah ashar." (H.R. Abu Daud).

» Pendapat ini dipilih oleh At Tirmidzi, dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Pendapat ini juga yang lebih masyhur dikalangan para ulama.

PENDAPAT KETIGA : yaitu setelah ashar, namun diakhir-akhir hari Jum'at. Pendapat ini didasari oleh Hadits riwayat dari Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At-Thurthusi,

» Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.

PENDAPAT KEEMPAT : yang juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar, yaitu menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu 'Abdil Barr berkata : "Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan". Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jum'at tidak pada beberapa waktu tertentu saja.

» Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu 'Abdil Barr.

9. KETIKA TURUN HUJAN

Hujan adalah nikmat dan rahmat dari Allah SWT. Oleh karena itu tidak boleh mencelanya. Sebagian orang merasa jengkel dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah SWT. Oleh karena itu, daripada tenggelam dalam rasa jengkel lebih baik memanfaatkan waktu hujan untuk berdoa memohon apa yang diinginkan kepada Allah SWT :

"Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun." (H.R Al-Hakim)

10. KETIKA HARI RABU ANTARA DHUHUR DAN ASHAR

Sunnah ini jarang diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, yaitu dikabulkannya doa diantara shalat Dhuhur dan Ashar pada hari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah r.a. :

"Nabi SAW berdoa di Masjid Al-Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau.

Berkata Jabir : "Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya."

Dalam riwayat lain disebutkan :

"Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu di antara shalat Dhuhur dan Ashar." (H.R. Ahmad)

11. KETIKA HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah hari ketika para Jama'ah Haji melakukan wukuf di Arafah, yaitu pada tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari tersebut dianjurkan untuk memperbanyak doa. Baik bagi jama'ah haji maupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. Sebab Rasulullah SAW :

"Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah." (H.R. At-Tirmidzi)

12. KETIKA PERANG TENGAH BERKECAMUK

Salah satu keutamaan pergi ke medan perang dalam rangka berjihad di jalan Allah adalah doa dari orang yang berperang di jalan Allah ketika perang sedang berkecamuk, bakal diijabah oleh Allah SWT. Dalilnya adalah hadits yang sudah disebutkan di atas :

"Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang." (H.R. Abu Daud)

13. KETIKA MINUM AIR ZAM-ZAM

Rasulullah SAW bersabda :

"Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya." (H.R. Ibnu Majah)

Demikian uraian mengenai waktu-waktu yang paling dianjurkan untuk berdoa. Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan doa-doa kita dan menerima amal ibadah kita.

Wallahu a'lam.
Semoga bermanfaat bagi kita semua.

sumber:http://zettajeje.blogspot.com/

Anda perlu tahu fungsi sebenar "Airplane Mode"

Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini tidak penting sehinggakan ramai yang tidak mengendahkannya. Ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit atau menukarkan peranti anda kepada ‘Airplane mode’ di dalam penerbangan bukan? Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.



Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang?

Berikut, kami berkongsi entri dari sebuah blog dimana penulis menjelaskan betapa pentingnya fungsi ‘Airplane Mode’ atau lebih mudah lagi mematikan peranti elektronik.

Ikuti penerangan sepenuhnya di bawah:

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang. Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, “Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah.”

“Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi.”



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini. Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan. Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik – gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.


Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah. Untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

sumber:http://pingbusuk.org/

Petua Cantikkan Wajah Dengan Air Basuhan Beras..



Sebelum dimasak nasi, beras pasti dicuci sampai bersih menggunakan air. Kebanyakan orang akan terus membuang air bekas cucian beras tersebut. Namun tahukah air cucian beras tersebut mengandung berbagai khasiat menakjubkan bagi manusia!

Ya, Air bekas cucian beras memiliki kandungan khasiat yang sangat bagus untuk kulit wajah, jerawat, dan masker rambut. Silakan mencuba 6 langkah berikut untuk mangetahui khasiatnya.

* Lagi elok ambil air basuhan pertama kerana terdapat banyak khasiat

1. Toner Kulit

Rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka Anda. Ini dapat menghapus setiap kotoran dan sebum berlebih yang ada di kulit Anda. Jika anda mengamalakn rutin ini dalam beberapa waktu kulit wajah Anda akan lembut dan segar.



2. Masker Muka

Air bekas cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil kertas napkin dan potong di beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendam kertas masker di dalamnya selama kurang lebih 10 minit.

Kemudian angkat dan perah. Secara perlahan tampalkan kertas itu di wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Wajah anda pasti akan merasa segar.


3. Pencuci Muka

Simpan air bekas cucian beras pada sebuah botol dan gunakan setiap kali Anda mencuci muka. Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencahayaan kulit. Anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras ini.



4. Mengecilkan Liang Pori

Cuba celupkan gumpalan kecil kapas ke dalam air bekas cucian beras dan memakainya di wajah. Usapkan dan tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Cara ini akan mampu mengecilkan liang pori.


5. Penyembuh jerawat

Disahkan oleh pakar kulit, Pakat kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air cucian beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah Anda.

Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat. Sila cuba kalau tak percaya.


6. Masker rambut

Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama kurang lebih 20 minit. Kemudian bilas menggunakan shampoo biasa plus kondisioner. Dalam sekali cuci anda akan memiliki rambut yang cantik dan bersinar tanpa perlu berbelanja mahal.

Jadi, tidak rugi untuk anda mencuba kerana rawatan ini adalah percuma dan selalu hanya dibuang air bekas basuhan tersebut. Kalau anda berjaya? maka tidak perlulah anda berhabis duit banyak untuk membeli barangan penjagaan wajah yang mahal.


Sumber : http://www.siakapkeli.my/

The Rock Cipta Rekod Dunia Selfie..


PELAKON The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson melakar sejarah Guinness World mengambil gambar selfie paling banyak dalam tempoh masa bawah tiga minit.

The Rock mengambil sebanyak 105 gambar selfie bersama peminatnya yang menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya, San Andreas di London, baru-baru ini.

Rekod itu disahkan oleh wakil Guinness World Records, Mark McKinley yang turut memantau sendiri proses selfie itu di mana The Rock perlu memastikan ianya mengikut peraturan selfie yang ditentukan antaranya muka dan leher The Rock dan peminatnya mesti masuk dalam frame gambar selain imej jelas dan tidak kabur.

Mesti lenguh tangan The Rock, mananya tak letih 105 selfie dalam masa hanya tiga minit! Pergh hebat!



Sumber : http://mynewshub.cc/

Ibu Johan As'ari Meninggal Dunia


Laman berita mStar Online hari ini melaporkan yang ibu kepada pelakon Johan As’ari, Datin Firdaus Abdul Kader telah meninggal dunia pada Sabtu. Pelakon itu memaklumkan berita berkenaan menerusi laman Instagram miliknya kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara sebelum dibawa pulang ke kediaman dan dijangka akan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat Asar.

Johan As’ari sebelum ini berkata yang ibunya disahkan menderita kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas mengalami serangan strok pada Mac lalu.


Sumber : http://www.rotikaya.com/

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....


Sumber : Facebook

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!!!


Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama


Sumber : Facebook

Tanggungjawab Suami, Disangka Tugas Isteri???? Sila semak!!


Ternyata hal berikut ini adalah kewajiban suami. Semak selengkapnya ya!!

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka." (QS. An-Nisa’ : 34)

Sahabat Ummi, masih ada saja wanita yang tidak mengerti betapa Islam meninggikan derajatnya, terutama dalam rumah tangga. Islam menjadikan seorang wanita sebagai ratu untuk suaminya.

Meskipun seorang istri harus senantiasa mematuhi dan membahagiakan suami -tugas yang terkesan berat- akan tetapi sebenarnya suami memiliki kewajiban yang luar biasa besar terhadap istrinya, inilah yang membuat suami memiliki hak penuh terhadap sang istri.

Hal-hal yang lazim dikatakan sebagai tugas keseharian istri, dalam Islam sesungguhnya itu adalah kewajiban suami untuk memenuhinya. Semisal berbelanja di pasar, menyediakan makanan, mencuci, berberes rumah, dll.

Bukan berarti istri tidak boleh melakukan, akan tetapi hal tersebut bukanlah kewajiban istri, dengan demikian... Suami semestinya jauh lebih menyayangi istri yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang seharusnya menjadi kewajiban suami tersebut.

Sayangnya, kita sering menemukan hal aneh dalam banyak rumah tangga. Misalnya saja, suami menyerahkan gajinya kepada istri setiap bulannya, setelah itu semua kewajiban suami harus dibayarkan istri dari uang gaji tersebut.

Kalau masih ada sisanya, tetap saja itu bukan lantas jadi hak istri. Dan yang paling celaka, kalau kurang, istri yang harus berpikir tujuh keliling untuk mengatasinya. Bukankah ini sangat memberatkan istri?

Dalam Islam, suami lah yang memiliki kewajiban untuk menafkahkan istri bahkan ada yang mengatakan sampai pada level menyuapi makanan ke mulut istri.

Lebih lengkapnya, mari kita simak langsung pendapat 5 Mazhab Fiqih tentang hal ini:

Ternyata 4 mazhab besar plus satu mazhab lagi yaitu mazhab Dzahihiri semua sepakat mengatakan bahwa para istri pada hakikatnya tidak punya kewajiban untuk berkhidmat kepada suaminya.

1. Mazhab al-Hanafi

Al-Imam Al-Kasani dalam kitab Al-Badai’ menyebutkan : Seandainya suami pulang bawa bahan pangan yang masih harus dimasak dan diolah, lalu istrinya enggan untuk memasak dan mengolahnya, maka istri tidak boleh dipaksa. Suaminya diperintahkan untuk pulang membaca makanan yang siap santap.

Di dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah fi Fiqhil Hanafiyah disebutkan : Seandainya seorang istri berkata,”Saya tidak mau masak dan membuat roti”, maka istri itu tidak boleh dipaksa untuk melakukannya. Dan suami harus memberinya makanan siap santan, atau menyediakan pembantu untuk memasak makanan.

2. Mazhab Maliki

Di dalam kitab Asy-syarhul Kabir oleh Ad-Dardir, ada disebutkan : wajib atas suami berkhidmat (melayani) istrinya. Meski suami memiliki keluasan rejeki sementara istrinya punya kemampuan untuk berkhidmat, namun tetap kewajiban istri bukan berkhidmat. Suami adalah pihak yang wajib berkhidmat. Maka wajib atas suami untuk menyediakan pembantu buat istrinya.

3. Mazhab As-Syafi’i

Di dalam kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab karya Abu Ishaq Asy-Syirazi rahimahullah, ada disebutkan : Tidak wajib atas istri berkhidmat untuk membuat roti, memasak, mencuci dan bentuk khidmat lainnya, karena yang ditetapkan (dalam pernikahan) adalah kewajiban untuk memberi pelayanan seksual (istimta’), sedangkan pelayanan lainnya tidak termasuk kewajiban.

4. Mazhab Hanabilah

Seorang istri tidak diwajibkan untuk berkhidmat kepada suaminya, baik berupa mengadoni bahan makanan, membuat roti, memasak, dan yang sejenisnya, termasuk menyapu rumah, menimba air di sumur. Ini merupakan nash Imam Ahmad rahimahullah. Karena aqadnya hanya kewajiban pelayanan seksual. Maka pelayanan dalam bentuk lain tidak wajib dilakukan oleh istri, seperti memberi minum kuda atau memanen tanamannya.

5. Mazhab Az-Zhahiri

Dalam mazhab yang dipelopori oleh Daud Adz-Dzahiri ini, kita juga menemukan pendapat para ulamanya yang tegas menyatakan bahwa tidak ada kewajiban bagi istri untuk mengadoni, membuat roti, memasak dan khidmat lain yang sejenisnya, walau pun suaminya anak khalifah.

Suaminya itu tetap wajib menyediakan orang yang bisa menyiapkan bagi istrinya makanan dan minuman yang siap santap, baik untuk makan pagi maupun makan malam. Serta wajib menyediakan pelayan (pembantu) yang bekerja menyapu dan menyiapkan tempat tidur.

Pendapat Yang Berbeda

Namun kalau kita membaca kitab Fiqih Kontemporer Dr. Yusuf Al-Qaradawi, beliau agak kurang setuju dengan pendapat jumhur ulama ini. Beliau cenderung tetap mengatakan bahwa wanita wajib berkhidmat di luar urusan seks kepada suaminya.

Dalam pandangan beliau, wanita wajib memasak, menyapu, mengepel dan membersihkan rumah. Karena semua itu adalah imbal balik dari nafkah yang diberikan suami kepada mereka.

Namun satu hal yang jangan dilupakan, beliau tetap mewajibkan suami memberi nafkah kepada istrinya, di luar urusan kepentingan rumah tangga. Artinya, istri mendapat 'upah' materi di luar uang nafkah kebutuhan bulanan.

Jadi para istri harus digaji dengan nilai yang pasti oleh suaminya. Karena Allah SWT berfirman bahwa suami itu memberi nafkah kepada istrinya. Dan memberi nafkah itu artinya bukan sekedar membiayai keperluan rumah tangga, tapi lebih dari itu, para suami harus ‘menggaji’ para istri. Dan uang gaji itu harus di luar semua biaya kebutuhan rumah tangga.

Demikianlah betapa Islam meninggikan wanita dalam rumah tangga, dan dengan demikian menjadi masuk akal ketika wanita dilaknat akibat tidak memenuhi hasrat biologis suaminya, saking begitu besarnya kewajiban suami dalam menafkahi istri.

Semoga postingan ini bermanfaat dan menambah cinta dan penghargaan antar pasutri dalam rumah tangga.


Sumber : http://www.ummi-online.com/

Nak kurusss??? Cuba ni.. Mudah sahaja!!


Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.

Kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.

Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:

8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina
Cara penyediaanya:

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.

Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun

timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Air


Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.



Sumber : http://diarikurus.com/

Jom Rancang Bercuti!! Kalendar Cuti Umum Malaysia 2016..

Jika anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal. Betapa penting jadual cuti umum 2016 ini kepada setiap individu, agar tahun itu penuh dengan kenangan. Senarai di bawah merupakan tarikh cuti umum Malaysia 2016 :

1 Jan 2016 (Jumaat) – Cuti Tahun Baru

24 Jan 2016 (Ahad) – Hari Thaipusam

1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah Persekutuan

8, 9 Feb (Isnin, Selasa) – Tahun Baru Cina


25 March (Jumaat) – Good Friday

1 May (Ahad) – Labour Day

21 May (Sabtu) – Hari Wesak

6,7 July (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa

31 August (Rabu) – Hari Kebangsaan

12 September (Isnin) – Hari Raya Haji

16 September – Hari Malaysia

3 October (Isnin) – Hari Awal Muharram

29 Oct (Sabtu) – Hari Deepavali

12 December – Hari Nabi Mohamed

25 December –  Hari Natal


Di sini juga di sertakan gambar kalendar di bawah untuk rujukan visual untuk manfaat semua.




Sumber : http://bantuanrakyat1malaysia.com/

Friday, 29 May 2015

Hidupan Aneh Di Dasar Lautan!!!

Bagi sesiapa yang suka menyelam, pasti sudah berjaya melihat sendiri hidupan dasar laut dengan pelbagai rupa bentuk. Namun, ada antaranya masih tersembunyi dan hanya boleh ditemukan di tempat tertentu. Kenali beberapa spesies ikan aneh yang wujud di lautan serata dunia.


Ikan bermata empat (Four Eyes Fish)


Ikan ini termasuk dalam kategori ‘genius anablepidae’ iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan.

Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau. Ia memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.

Hidupan laut ini sebenarnya hanya mempunyai dua mata, namun kedua-dua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah dipisahkan oleh lapisan jaringan yang nipis.

Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.



Ikan kelawar bibir merah (Red Lipped Batfish) 


Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu. Makhluk ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos, Equador dianggap perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.



Ikan hantu (Spookfish)


Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan. Cuma belum kajian lanjut untuk menjelaskan ciri-ciri hidupannya di dasar laut.



Ikan kepala lutsinar (Barreleye Fish)


Tergolong dalam keluarga ikan hantu. Ikan ini mempunyai kepala lutsinar yang berbentuk cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.

Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua ‘benda kuning’ itu kelihatan seakan-akan berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.

Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di garisan bawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi itu mampu membuat ikan ini tidak dapat dilihat jelas oleh ikan dan hidupan laut lain di sekitarnya.

Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun, ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. Sangat menakjubkan!

Pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkannya mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan obor-obor, iaitu makanan kegemarannya.

Fungsi kedua ‘matanya’ yang di depan? Menurut pengkaji, kedua mata ikan itu berperanan sebagai deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya.



Ikan terbang (Flying Fish)


Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang tergolong dalam 50 spesies ikan dikelompokkan dalam tujuh hingga sembilan kategori. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.

Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air ataupun bertujuan untuk lari dari pemangsa. Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400 meter.



Ikan bergigi dan lidah seakan manusia


Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut apabila melihat ikan yang ditangkapnya menggigit mata kail dengan sangat kuat. Dia menjerit dan selepas diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.

Seperti dilaporkan dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, kejadian berlaku apabila Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan menggigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira kerana mendapati saiz ikan itu besar.

Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira lima kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan keli. Lalu, dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan terbabit tetapi terkejut dan menjerit kerana merasakan jarinya digigit kuat seperti gigitan manusia.

Apabila diperiksa ikan itu cukup menakjubkan. Ia mempunyai gigi menyerupai gigi geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya, ikan itu ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan rapi dalam simpanan.

Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, Amerika Syarikat mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.



Ikan bertangan (Handfish)


Kewujudannya ditemui manusia sekitar 1990-an dan ia adalah sejenis ikan terbaru yang mempunyai fizikal lain daripada ikan biasa. Ia kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan ciri itu menjelaskan kenapa ia hanya dapat ditemui di dasar laut.

Anehnya ikan ini menggunakan ‘tangan’ yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ikan ini ditemui di daerah Tasmania, Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (seakan bersisik yang kasar/ bergigi-gigi) sehingga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15 sentimeter.


Sumber : http://kisahanehpelik.blogspot.com/

MAKANAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU  

Nasi Lemak


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.


Lemang


Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.


Otak-Otak


Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia  lebih enak dimakan ketika masih panas.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Kuih Bulan


Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.


Zong Zi
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.


Kuih Bakul


Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.


MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Muruku


Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.


Roti Canai


Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.


Tosai


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


Sumber : http://choykeng.blogspot.com/